Saturday, January 29, 2011

selamat tahun bar

selamat tahun baru 2010

Wednesday, October 7, 2009

Mana Si Tajul

UMNO Merbok hari ini berdepan satu era perang siber yang mengila yang diwujudkan di kalangan orang UMNO Merbok sendiri yang gilakan kuasa.Situasi ini dapat dinilai pada setiap artikel yang disiarkan setia hari hanyalah menfokuskan serangan secara peribadi mengenai pelbagai isu terhadap Ketua Bahagian Merbok sehinggakan ada isu-isu yang langsung tidak masuk akal turut diutarakan di laman blog MERBOK TIMES yang diterajui oleh individu berkenaan. Walaupun tempoh pemilihan dalam bahagian telah lama berlalu. Tampuk pimpinan bahagian telah bertukar tangan dalam situasi pemilihan yang mengiktiraf Ketua Bahagian sekarang diterajui oleh DTUMZ. Pimpinan baru pula telah menampakkan iltizam dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk kembali menyatukan bahagian akibat pemilihan yang mewujudkan 2 kelompok penyokong dalam UMNO bahagian. Setelah setahun berlalu kita nampak usaha yang dilakukan telah menunjukkan hasil yang positif bak kata pepatah Biduk Berlalu Kiambang Bertaut.

Dalam tempoh ini sepatutnya sesame ahli UMNO telah bersatu dan berpadu di bawah pimpinan bahagian melaksanakan agenda untuk mengembalikan kerusi yang telah terlepas kepada pembangkang. Dalam tempoh ini kita hanya berhadapan dengan pembangkang dan mendekati masyarakat khususnya pengundi untuk memenangi hati mereka. Fokus boleh terus kita tumpukan kepada kerja kita.

Namun hakikatnya tidak berlaku demikian kerana sebilangan kecil ahli ini masih menyimpan dendam yang tidak pernah kunjung padam. Malahan semakin hari dendan mereka dilihat memakin menyala. Ada sahaja perkara yang tidak kena di mata mereka lalu di hebahkan kepada umum. Maka hari ini banyak masa terpaksa kita bazirkan untuk berpolitik atau bercakaran sesama kita. Musuh-musuh diluar UMNO terus memerhati dan bertepuk tangan.

Suatu situasi yang malang kerana ketika UMNO berada dalam keadaan yang genting sedang berhempas pulas untuk berusaha mendapatkan kembali sokongan rakyat, ada sebilangan ahli-ahli yang terus-terusan mencaci , mencerca , menghina dan melemparkan pelbagai tuduhan yang tidak berasas alam media siber. Saban hari ada saja artikel yang disiarkan untuk menghentam membabi buta DTUMZ. Janganlah keranan nila setitik rosak susu sebelanga. Sehinggakan apabila Ketua Bahagian hadir daalam program menyampaikan sumbangan hari raya di hospital Sultan Abdul Halim Sg Petani menjelang Hari raya yang lepas juga dihentam habis-habisan oleh MERBOK TIMES. Apa salah beliau memakai baju melayu. Beliau melaksakan yugas yang mulia , di bulan yang mulia . bekerja untuk parti , itu adalah antara usaha untuk memenangi semula hati rakyat, selain dari banyak lagi usaha –usaha beliau yang lain yang setiap hari bekerja untuk rakyat.

Dalam keadaan sekarang dimana masyarakat Cina telah beralih sokongan kepada pembangkan dengan menolak terus parti gerakan dan MCA , manakala orang India juga di lihat telah menolak MIC dan beralih kepada PKR. Sebahagian orang melayu telah menyokong PAS maka yang tinggal hanyalah UMNO bersendirian berjuang dan terus berjuang di tengah masyarakat.

Pimpinan UMNO Merbok Diterajui oleh DTUMZ dengan dibantu oleh Prof Dr Ismail Daut, Sdr Abd Rahman Ahmad (Man Boleh) , Dato Man , Dato Zubir telah mempamerkan keserasian , gandingan serta usaha yang telah bersungguh sungguh untuk mengembalikan Parlimen Merbok dan DUN Tg Dawai serta Bukit Selambau kepangkuan BN. Tokoh seperti Paknyang Badri , Dato Rosnah , Dato’ Rokiah juga tidak pernah terpinggir malahan dilihat sentiasa bersama di majlis-majlis rasmi UMNO Merbok.

Pimpinan UMNO Bahagian Merbok sekarang dilihat sangat dominan dalam menangani situasi ini dan memahami percaturan disamping telah merancang dan melaksanakan pelbagai usaha dan strategi bagi menghadapi PRU 13 nanti. Oleh yang demikian sukalah saya menyeru kepada seluruh ahli UMNO , yang mengaku sebagai ahli UMNO , yang sayangkan UMNO , sayangkan tanahair ini untuk bersatu , membari sokongan yang padu bersama dengan pimpinan UMNO bahagian bekerja untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO khasnya BN. Lupakanlah sementara sengketa yang hanya akan menghancurkan UMNO Merbok.

Marilah kita sumbangkan tenaga, buah fikiran , kebolehan istemewa yang ada pada kita untuk menguatkan UMNO bagi menentang musuh. Janganlah hendaklah kelebihan , keistImewaan seperti yang ada pada MERBOK TIMES ini digunakan untuk menjahanamkan UMNO kerana UMNO akan hancur jika kita terus bersengketa dan yang akan meraih keuntungan ialah musuh UMNO iaitu pembangkang yang akan menang percuma tanpa bersusah payah apa-apa. Maka usaha berterusan MERBOK TIMES untuk menjahanamkan DTUMZ memangpun akan berjaya, tetapi natijahnya UMNO Merbok khususnya BN yang ditunjangi UMNO juga akan turut hancur bersama. Inilah harga yang perlu dibayar oleh kita semua. Apakah kita sanggup melihat kemusnahan UMNO dengan melayan rasa ketidakpuasan hati segelintir ahli seperti “Merbok Times”.

Sebagai ahli UMNO marilah kita memberikan sokongan padu kepada barisan kepimpinan UMNO Merbok sekarang sebagai persediaan untuk menghadapi PRU 13 nanti. Paling tidak marilah kita memberikan ruang dan peluang kepada DTUMZ untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau. disamping itu kita terimalah dengan hati terbuka ketentuan Allah dengan keizinannya telah mengizikinan DTUMZ sebagai Ketua Bahagian. Letaklah diri kita dalam keadaan yang rasional.

Sebenarnya berapa kerat ahli UMNO yang mengikuti blog Merbok Times , berapa ramai ahli pemuda , puteri , wanita , jawatankuasa cawangan mahupun sayap-sayap bahkan Jawatan kuasa bahagian yang saban hari menatap blog ini. Jika adapun cuma mendengar dari bibir ke bibir atau dicetak sekeping dua lama-lama sekaliitupun jika ada isu yang dianggap panas oleh orang tertentu. Yang ramainya mengikuti blog adalah masyarakat umum pelbagai golongan yang semakin tawar hati melihat gelagat dan sengketa dalaman UMNO yang tak pernah kunjung padam. Mereka akan terus menjadi jelak dengan situasi ini seterusnya akan beralih arah untuk menyokong pihak lain. Bukan itu sahaja tidak mustahil juga dikalangan ahli UMNO sendiri akan bertindak demikian untuk keluar parti kerana terlalu kecewa apabila keadaan sudah terlalu tenat. Mahukan kita semua melihat perkara seperti ini berlaku. Lihat sahaja Tun Dr Mahathir sendiri pernah berbuat demikian apabila terlalu kecewa terhadap pemimpin dan ahli UMNO pada suatu ketika.

Akhir kata marilah kita sama-sama memperkuatkan UMNO Merbok yang menjadi tulang belakang kepada BN untuk merampas kembali kerusi yang telah jatuh ketangan pembangkang. Jauhilah sengketa sesama kita sepertimana yang sentiasa dipesan-pesan oleh pemimpin tertinggi UMNO dan mantan-mantan presiden . Tidak cukupkah presiden dan isteri ( pemimpin kita ) dihujani pelbagai fitnah , kata-kata keji dan tohmahan oleh golongan pembangkang seperti kes C4 , Altantuya , rasuah dan sebagainya. Kenapa kita di peringkat bahagian juga terpaksa bergelumang dan berhempas pulas sesama kita. Bila waktunya akan berhadapan dengan pembangkang. Hayatilah cogankata keramat UMNO , BERSATU BERSETIA DAN BERKHIDMAT.

Wednesday, September 30, 2009

Gempa Bumi Di Sumatera

Gempa bumi 7.9 skala ritchter di Sumatra
Quake in Sumatra, tremors in MalaysiaPETALING JAYA: A powerful earthquake measuring 7.9 on the Richter scale hit southern Sumatra at about 6.17pm, causing tremors all the way in peninsula Malaysia.The epicentre of the quake was about 481km southwest from Kuala Lumpur. People have evacuated some high-rise buildings in the Klang Valley, including the KL City Centre.In the JayaOne complex here, reports came in of shaking furniture and swaying fixtures. No tsunami alert has